Berita Terkini
Hari Air Sedunia 2025: Kuantan Berselawat
5 Julai 2025

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 | 𝟒 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
Sempena Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) bersama Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan, pada hari pertama telah berlangsung Bandaraya Kuantan Berselawat di sebelah malam bertempat di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang.
Diserikan dengan kehadiran Tuan Habib Nael bin Taher, pemimpin Majlis Rasulullah Malaysia, majlis selawat ini dihadiri oleh hampir 1,000 orang awam sekitar Kuantan.
YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA); YBrs. Tuan Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Ketua Pengarah JPS dan YBrs. Puan Roshana Alma binti Mohd Ali, Setiausaha Bahagian Sumber Air PETRA telah hadir sama menyantuni majlis ini.