Berita Terkini
Dialog Belanjawan 2026
21 Ogos 2025

𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐓𝐍𝐁 𝐋𝐄𝐎 𝐌𝐎𝐆𝐆𝐈𝐄 𝐂𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄
YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di TNB Leo Moggie Convention Centre pagi tadi bagi Sesi Dialog Belanjawan 2026.
Objetif dialog ini adalah sebagai platform untuk kementerian, kerajaan negeri, industri, akademia, dan pemegang taruh berdiskusi bagi memastikan Belanjawan 2026 mencerminkan aspirasi bersama dalam menyokong tema "Memacu Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat". Cadangan dan pandangan yang diterima akan membentuk Belanjawan 2026.
"Bersama kita memeta hala tuju peralihan tenaga dan transformasi air negara"
Turut hadir sama di sesi dialog tersebut ialah YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA, YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato' Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Air dan YBrs. Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Tenaga.