Berita Terkini
Bengkel Kajian Penilaian Outcome Bilangan 1 Tahun 2025
7 Oktober 2025

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐎𝐔𝐓𝐂𝐎𝐌𝐄 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟕 - 𝟗 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Hari ini berlangsungnya Bengkel Penyediaan Laporan Kajian Penilaian Outcome (KPO) Bilanga 1 Tahun 2025, anjuran bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Kolonel Bersekutu (P.A.) En. Amisam bin Ismail, Setiausaha Bahagian Pembangunan PETRA, dengan kehadiran penceramah jemputan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Sr. Muhammad Nur Amal bin Mohamad Matahab, serta wakil-wakil daripada PETRA, NRES dan jabatan-jabatan.
Bengkel ini menjadi platform penting untuk memperkukuh penyediaan laporan penilaian outcome bagi projek-projek terpilih bagi tahun 2025. Diharapkan semua wakil jabatan dapat memanfaatkan ilmu dan panduan yang dikongsikan untuk menghasilkan laporan yang berkualiti tinggi dan berimpak positif untuk kesejahteraan rakyat.
Terima kasih atas komitmen semua yang terlibat — semoga kejayaan tahun-tahun lalu dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi!