Berita Terkini
Bengkel Bahan Cemar Baharu
26 Jun 2025

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟐𝟔 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah merasmikan Bengkel Bahan Cemar Baharu (BCB) 2025 anjuran Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari ini.
Bengkel sepanjang dua setengah hari ini merupakan bengkel pertama yang diadakan setelah penubuhan Jawatankuasa Kerja Bahan Cemar Baharu (JKKBCB) melalui Mesyuarat Majlis Air Negara Keenam (MAN6) yang telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 13 September 2024.
Bengkel ini telah berjaya mengumpulkan lebih 60 penyertaan daripada pelbagai kementerian, jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, institusi pengajian tinggi serta pihak swasta yang berkepentingan berkaitan pencemaran bahan cemar baharu di Malaysia.