Berita Terkini
ASEAN Energy Business Forum 2025
4 Ogos 2025

𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐄𝐍𝐄𝐑𝐆𝐘 𝐁𝐔𝐒𝐈𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟒 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐋𝐂𝐂
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama ASEAN Centre for Energy (ACE) telah menganjurkan Majlis Pelancaran ASEAN Energy Business Forum (AEBF) 2025 hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA.
Majlis ini merupakan satu pencapaian penting dalam Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025 yang mengangkat tema utama “ASEAN 2025: Inklusiviti dan Kelestarian.” Bagi sektor tenaga, Malaysia telah mengangkat tema khusus “Menerajui ASEAN: Merentasi Sempadan, Membina Kemakmuran” bagi menekankan komitmen rantau ini terhadap peralihan tenaga bersih dan integrasi ekonomi.
Forum ini dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 17 Oktober 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dan akan menghimpunkan pembuat dasar, pemimpin sektor swasta, penyelidik, pelabur, dan rakan pembangunan.