Berita Terkini
Seminar Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Rasmi Kerajaan
15 Januari 2026
𝗦𝗘𝗠𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗟𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 | 𝟭𝟱 𝗝𝗔𝗡𝗨𝗔𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗧𝗥𝗔
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah berjaya menganjurkan Seminar Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Rasmi Kerajaan pada hari ini di Menara PETRA. Pengisian bagi seminar ini telah disampaikan oleh Encik Mohamad Ikhwan Al-Syahid bin Abdullah Tahir dari Pusat Pengajian Komunikasi dan Bahasa, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Seminar ini dianjurkan bagi memperkasa kompetensi pegawai-pegawai PETRA mengenai tatacara pengurusan mesyuarat yang efisien serta penulisan rasmi yang berkualiti, selaras dengan standard perkhidmatan awam. Seramai 40 orang pegawai PETRA telah menghadiri seminar ini merentas skim dan gred jawatan.
Diharapkan dengan penganjuran seminar ini dapat meningkatkan pengetahuan pegawai-pegawai PETRA serta meminimumkan kesilapan dalam pengurusan mesyuarat dan memperbaiki kualiti penulisan rasmi supaya dapat menghasilkan dokumen yang tepat, kemas, berkesan dan berkualiti.
PETRA merakamkan ucapan terima kasih kepada penceramah dan penghargaan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen penuh dalam menjayakan seminar ini.

