Page 135 - Demo
P. 135


                                    4.0 Pencapaian Tahunan 2024KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA) | 131PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG (PPUU)3.5Pengendalian Kes Guaman MahkamahOBJEKTIFMengendalikan kes-kes guaman yang melibatkan PETRA sama ada sebagai plaintif atau defendan.OUTPUTSebanyak 16 kes guaman didaftarkan di Mahkamah dengan PPUU menyediakan dokumen dan membantu Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara. Selain itu, 1 kes guaman dikendalikan secara terus oleh PPUU dengan keputusan berpihak kepada Kerajaan.IMPAKMenjamin kepentingan kerajaan dilindungi serta meningkatkan kecekapan penyelesaian kes perundangan.OBJEKTIFMengurus proses penggubalan dan semakan undang-undang utama serta peraturan subsidiari selaras dengan dasar kerajaan.OUTPUTBerikut ialah senarai perundangan utama dan subsidiari yang disemak serta diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara dan diwartakan pada tahun 2024:IMPAKMemastikan undang-undang yang digubal adalah relevan, berkesan dan menyokong pelaksanaan dasar PETRA.Bil Tajuk Tarikh Kuat KuasaPerundangan Utama1 Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 [Akta 861] 1 Januari 20252 Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2024 [Akta A1739] 1 Januari 2025Perundangan Subsidiari1 Peraturan-Peraturan Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 [P.U.(A) 466/2024] 1 Januari 20252 Peraturan-Peraturan Kecekapan dan Konservasi Tenaga (Pengkompaunan Kesalahan) 2024 [P.U.(A) 467/2024] 1 Januari 20243 Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2024 [P.U.(A) 453/2024] 1 Januari 20254 Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik (Pengkompaunan Kesalahan) (Pindaan) 2024 [P.U.(A) 455/2024] 1 Januari 20255 Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Caj Perkhidmatan Pembetungan) (Pindaan) 2024 [P.U.(A) 126/2024] 1 Jun 20246 Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) (Pindaan) 2024 [P.U.(A) 203/2024] 1 Ogos 20243.4 Penggubalan, Semakan dan Pindaan Perundangan Utama & Subsidiari
                                
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139