Page 129 - Demo
P. 129


                                    4.0 Pencapaian Tahunan 2024KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA) | 125BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK & HUBUNGAN ANTARABANGSA (BPSA) Bahagian Perancangan Strategik & Hubungan Antarabangsa (BPSA)Berperanan sebagai bahagian utama yang menyelaras hala tuju strategik Kementerian serta memperkukuh hubungan antarabangsa dalam sektor tenaga dan air. Sepanjang tahun 2024, BPSA melaksanakan pelbagai inisiatif berimpak tinggi bagi memastikan dasar, pelan strategik dan kerjasama antarabangsa PETRA selaras dengan aspirasi pembangunan mampan negara serta komitmen global.1.0 PengenalanMenyelaras pelaksanaan dasar strategik sektor tenaga dan air di bawah PETRA agar selaras dengan agenda nasional dan antarabangsa.Meningkatkan keterlibatan PETRA dalam platform serantau dan global berkaitan peralihan tenaga serta transformasi air.Menyediakan analisis strategik dan pemantauan dasar bagi menyokong pembuatan keputusan Kementerian.Memperkukuh jaringan hubungan antarabangsa melalui penyertaan aktif dalam forum, rundingan dan kolaborasi strategik.010304022.0 Objektif
                                
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133