Page 137 - Demo
P. 137
4.0 Pencapaian Tahunan 2024KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA) | 133Unit Komunikasi Korporat (UKK) Memainkan peranan penting sebagai pusat penyelarasan komunikasi strategik bagi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). UKK bertanggungjawab memastikan penyampaian mesej Kementerian disalurkan secara tepat, berkesan dan berimpak tinggi kepada semua pihak berkepentingan, termasuk media, agensi kerajaan dan orang awam. Sepanjang tahun 2024, UKK berperanan memperkukuh imej korporat PETRA melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti komunikasi strategik, media engagementdan promosi dasar Kementerian.1.0 PengenalanMenyampaikan maklumat dasar, inisiatif dan program PETRA secara telus dan inklusif kepada masyarakat.Memperkukuh hubungan dengan media dan pemegang taruh strategik bagi memperluas capaian mesej Kementerian.Menyokong pelaksanaan program komunikasi berasaskan bukti (evidence-based communication) dan komunikasi risiko.Menyemarakkan penjenamaan semula PETRA melalui platform komunikasi bersepadu, digital dan lapangan.010304022.0 ObjektifUNIT KOMUNIKASI KORPORAT (UKK)

