Page 132 - Demo
P. 132
4.0 Pencapaian Tahunan 2024128 | Laporan Tahunan PETRA 2024BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK & HUBUNGAN ANTARABANGSA (BPSA) Sepanjang tahun 2024, Bahagian Perancangan Strategik & Hubungan Antarabangsa (BPSA) telah memainkan peranan utama dalam memastikan dasar dan hala tuju strategik PETRA dilaksanakan dengan berkesan. Lima inisiatif utama yang dilaksanakan berjaya memperkukuh dasar tenaga dan air, meningkatkan keterlibatan antarabangsa serta memastikan keutamaan strategik PETRA diarusperdanakan di peringkat nasional.Menjelang tahun 2025, BPSA akan menumpukan kepada pelaksanaan Pelan Strategik PETRA 2025%u20132030 dengan fokus kepada integrasi dasar tenaga-air, pengukuhan data strategik dan pemantauan impak dasar melalui sistem digital Kementerian.4.0 Rumusan dan Impak3.5 Dialog Belanjawan 2025OBJEKTIFMenyediakan input strategik sektor tenaga dan air bagi penyediaan Belanjawan 2025 Kementerian Kewangan.OUTPUTBPSA telah mengemukakan kertas input dasar dan cadangan peruntukan strategik meliputi inisiatif tenaga boleh baharu, pengurusan sumber air serta infrastruktur hijau. Dialog diadakan bersama agensi berkaitan termasuk ST, JPS dan SPAN pada Ogos 2024.ImpakMemastikan keutamaan dasar PETRA mendapat perhatian dalam perancangan fiskal nasional bagi tahun 2025.Isu & CabaranKeperluan keseimbangan antara keperluan pembangunan fizikal dan keutamaan dasar tenaga-air jangka panjang.Perancangan 2025Penyediaan pelan pembiayaan strategik PETRA yang menggabungkan pendekatan hijau dan inovatif (Green Financing Mechanism).

