Seminar Mikroplastik Kebangsaan Pertama, PICC

YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menghadiri Seminar Mikroplastik Kebangsaan Pertama di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 15 Julai 2024 (Isnin).
Seminar ini merupakan anjuran Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Frontier Laboratory LTD., Japan dan Persatuan Penyelidikan Air Malaysia.
Ia diadakn sebagai platform perbincangan ilmiah berkenaan peningkatan kualiti perkhidmatan air kepada rakyat, selaras dengan tema utama persidangan ini iaitu Transformasi Air: Ke Arah Keselamatan dan Kesihatan Air.
Hadir sama, YBhg. Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, TKSU (Sektor Air) PETRA.