Global AI, Digital & Green Economy Summit 2025

𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋 𝐀𝐈, 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 & 𝐆𝐑𝐄𝐄𝐍 𝐄𝐂𝐎𝐍𝐎𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐌𝐌𝐈𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟏𝟓 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍)| 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah hadir pada Global AI, Digital & Green Economy Summit 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Dalam ucapan, beliau menegaskan bahawa Kecerdasan Buatan (AI) merupakan kunci untuk membuka potensi tenaga bersih dengan mengoptimumkan permintaan, meramal puncak penggunaan, dan mengatur penyimpanan tenaga secara masa nyata. Selain itu, kecekapan pusat data perlu bergerak seiring dengan kemampanan, di mana garis panduan telah dikeluarkan untuk memacu pembangunan kemudahan yang efisien, dengan penekanan pada keberkesanan penggunaan kuasa (PUE), sumber tenaga boleh diperbaharui, dan pemulihan haba buangan.
PETRA menyeru utiliti, pengeluar, dan pelabur untuk bekerjasama bagi memastikan pertumbuhan digital adalah '𝘨𝘳𝘦𝘦𝘯 𝘨𝘳𝘰𝘸𝘵𝘩 𝘣𝘺 𝘥𝘦𝘴𝘪𝘨𝘯' dan AI menjadi pemboleh daya untuk daya tahan grid.
Article Date: 15 Disember 2025