Tinjauan Kesiapsiagaan Aset JPS Menghadapi Musim Banjir Monsun Timur Laut

𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐉𝐏𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 | 𝟐𝟔 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐊𝐈𝐋, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
Bagi mengurangkan impak banjir, JPS telah membina dan menempatkan infrastruktur kawalan banjir seperti rumah pam dan pintu air di lokasi-lokasi yang dikenalpasti berisiko untuk berlakunya bencana banjir.
Infrastruktur-infrastruktur tersebut berfungsi untuk mengawal kuantiti dan aliran air di dalam sungai yang boleh menyebabkan banjir melalui limpahan air sungai melepasi paras tebing dan membanjiri kawasan sekeliling yang berada pada aras tanah yang rendah.
Bagi lokasi-lokasi yang tidak mempunyai infrastruktur kawalan banjir, pam kecemasan mudah alih dipasang bagi membantu pengaliran air sungai keluar dari kawasan banjir terutamanya kawasan yang berlaku banjir genang.
Sejumlah 606 unit pam kecemasan mudah alih milikan negeri dan persekutuan telah diletakkan di dalam keadaan siapsiaga untuk dioperasikan apabila diperlukan di mana sebahagian daripadanya telahpun beroperasi di tapak di seluruh negara.
Selaras dengan kesiapsiagaan tersebut, PETRA hari ini melaksanakan satu Tinjauan Kesiapsiagaan Aset JPS di Semarang, Dengkil, Selangor susulan hujan berterusan dan peningkatan paras air Sungai Langat sejak beberapa hari lalu.
Fokus tinjauan meliputi:
Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA bersama Jurutera Daerah Sepang, pegawai Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal JPS Malaysia serta pegawai PETRA.
Tinjauan ini bertujuan menilai keberkesanan aset hidromekanikal sedia ada, mengkaji keperluan tambahan serta memastikan operasi berjalan lancar sepanjang tempoh Monsun Timur Laut.