Tinjauan Ke Tapak Projek Loji Rawatan Air Timah Tasoh, Perlis

𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐋𝐎𝐉𝐈 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐓𝐈𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐒𝐎𝐇 | 𝟏𝟖 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah melakukan tinjauan kerja ke projek Loji Rawatan Air Timah Tasoh, Perlis pagi tadi.
Sebelum bertolak ke tapak projek, YB Timbalan Menteri singgah dahulu di Pejabat Syarikat Air Perlis (SAP) bagi mendapatkan taklimat berkenaan program Non Revenue Water (NRW) Pendekatan 1 Negeri Perlis sebelum bergerak ke tapak projek.
Objektif program ini bertujuan untuk mengukur bacaan NRW yang tepat termasuk mengadakan sistem pemetaan aset bekalan air bagi negeri Perlis.
Skop projek NRW tersebut melibatkan :
- Penggantian meter System Input Volume (SIV)
- Penggantian 32,128 unit meter pengguna
- Pembinaan 1 unit NRW Control Centre (NRWCC)
- Penggantian / pembaikan tangki
- Pemetaan Geographic Information System (GIS)