Sesi Temubual Selamat Pagi Malaysia (SPM) Bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐔𝐁𝐔𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐊𝐒𝐔 (𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀) | 𝟏𝟔 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀) | 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀𝐏𝐔𝐑𝐈, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terus melakar kecemerlangan dalam memacu agenda peralihan tenaga negara dan serantau.
Dalam sesi temubual Selamat Pagi Malaysia (SPM) hari ini, YBrs. Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA, telah berkongsi pencapaian impak tinggi sepanjang tahun 2025 iaitu:
- 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐋𝐒𝐒 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝟓 & 𝟓+: Menyumbang 3.9 GW kapasiti tenaga dengan nilai pelaburan mencecah RM12 bilion.
- 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐁𝐁: Malaysia kini mencapai 31% kapasiti terpasang Tenaga Boleh Baharu (TBB) setakat Oktober 2025.
- 𝐑𝐞𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐟: Pengenalan struktur tarif yang lebih telus dan adil bagi memastikan kelestarian bekalan elektrik negara.
- Persetujuan dan penandatanganan 𝐌𝐨𝐔 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐏𝐨𝐰𝐞𝐫 𝐆𝐫𝐢𝐝 (𝐀𝐏𝐆) oleh semua negara anggota.
- Pelancaran 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐏𝐨𝐰𝐞𝐫 𝐆𝐫𝐢𝐝 𝐅𝐢𝐧𝐚𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐅𝐚𝐜𝐢𝐥𝐢𝐭𝐲 (𝐀𝐏𝐆𝐅) dengan kerjasama Bank Dunia & ADB.
- Pencapaian skor prestasi 𝟒.𝟓/𝟓 bagi Pelan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN (APAEC) Fasa II.
PETRA komited merealisasikan aspirasi Kerajaan MADANI menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) demi masa depan Malaysia yang lebih mampan dan berdaya saing.