Sesi Penyerahan Rekod PETRA ke Arkib Negara

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐀𝐑𝐊𝐈𝐁 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 | 𝟓 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀
Unit Pengurusan Rekod, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menyerahkan rekod rasmi milik PETRA untuk disimpan secara kekal di Arkib Negara Malaysia. Unit Pengurusan Rekod BKP berkesempatan mengadakan lawatan ke Seksyen Perkhidmatan Pusat Rekod, Arkib Negara Malaysia di Petaling Jaya Selangor.
Rombongan lawatan ini diketuai oleh Puan Suhana binti Mat Tehor, Ketua Unit Pengurusan Rekod, para Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) PETRA serta para pegawai dari Suruhanjaya Tenaga (ST) yang turut sama melakukan penyerahan terbitan rasmi mereka ke Arkib Negara.