Sesi Clock-Out Timbalan Menteri PETRA

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐂𝐋𝐎𝐂𝐊-𝐎𝐔𝐓 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟏𝟕 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐑𝐀𝐁𝐔) | 𝐋𝐎𝐁𝐈 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Sesi simbolik ini menandakan berakhirnya tempoh perkhidmatan YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah mempamerkan dedikasi yang tinggi dalam memastikan setiap agenda transformasi tenaga dan air negara dilaksanakan dengan jayanya.
Turut hadir dalam sesi tersebut adalah YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA bersama pengurusan tertinggi kementerian serta warga PETRA.
Seluruh warga PETRA merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas segala bimbingan dan kepimpinan yang telah diberikan. Segala memori dan kerjasama erat yang terjalin akan sentiasa dikenang oleh kami di kementerian ini.