Sesi Clock-In Timbalan Menteri PETRA Baharu

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐂𝐋𝐎𝐂𝐊-𝐈𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 | 𝟏𝟖 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒) | 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐎𝐁𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menyambut kehadiran YB Dato' Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air yang baharu.
Ketibaan beliau di Lobi Menara PETRA telah disambut mesra oleh YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, Ybrs. Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA, barisan kepimpinan tertinggi agensi serta seluruh warga kerja kementerian. Sesi dimulakan dengan gimik imbas kad perakam waktu (𝘤𝘭𝘰𝘤𝘬-𝘪𝘯) sebagai simbolik bermulanya amanah dan tanggungjawab beliau di kementerian ini.
Sejurus selepas sesi tersebut, YB Dato' Sri Abdul Rahman telah mengadakan pertemuan dengan YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri PETRA di pejabat menteri.
Seluruh warga PETRA mengucapkan selamat bertugas dan sedia memberikan komitmen padu di bawah kepimpinan baharu ini demi kesejahteraan rakyat dan negara.