Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat PETRA

Penganjuran aktiviti sukan ini bertujuan untuk meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangkan stres, dan membentuk gaya hidup sihat, kerana menjaga kesihatan adalah keutamaan yang tidak boleh dipandang ringan. Beberapa acara sukan seperti Bola Sepak, Golf, Futsal, Badminton, Bola Tampar, Bola Jaring, Bowling dan Paintball telah dipertandingkan sejak awal tahun. Sebanyak lapan lagi acara termasuk Street Soccer, FIFA 25 E-games, Bola Jaring 3 on 3, Karom, Dart, Ping Pong, Catur dan Pickleball berlangsung pada hari pelancaran.