Sambutan Hari Malaysia 2025

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟏𝟔 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆
YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hadir di Majlis Sambutan Hari Malaysia 2025 yang telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Turut mengiringi perasmian tersebut ialah YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri; YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak; serta YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri Sabah di Pusat Konvensyen PICCA@Butterworth Arena, Pulau Pinang.