Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Di Ekspo 2025 Osaka

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐈 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐎 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐎𝐒𝐀𝐊𝐀 | 𝟖 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍
YBhg. Dato' Hj. Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di Ekspo 2025 Osaka, Kansai.
Sambutan ini dimulakan dengan perarakan dari Pavilion Malaysia ke National Day Hall yang telah disambut oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha PETRA dan TYT Duta Besar Malaysia di Jepun dan Komisioner Jeneral Ekspo 2025 Osaka, H.E. Mr. Haneda Koji.
Sambutan ini turut dimeriahkan dengan persembahan oleh Amir Masdi, Alena Murang, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Amir Percussion, RainMyne Dance dan Zeppo Youngsters.