Sambutan Hari Integriti Peringkat PETRA 2025

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑 (𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟔 𝐍𝐎𝐕 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Bersempena sambutan Hari Integriti Nasional pada 5 November di seluruh Malaysia, Unit Integriti PETRA telah menganjurkan Sambutan Hari Integriti Peringkat Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Tahun 2025 yang dirasmikan oleh YBhg. Dato' Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Program ini diadakan bagi memperkasa nilai ketelusan, akauntabiliti, dan kejujuran dalam kalangan warga kementerian.
Antara intipati utama adalah sesi perkongsian ilmu oleh:
- En Tun Mohd Syahmi bin Ahmad Zakaria (EAIC): Cabaran Integriti dalam Perkhidmatan Awam.
- PPj Encik Rosmadi Bin Kassim (SPRM): Dalam Mencari Nikmat @ Menempah Laknat (Isu Rasuah dan Kesannya).
PETRA komited membina budaya kerja yang amanah dan berintegriti tinggi demi kemajuan organisasi dan kesejahteraan negara.