Ride Merdeka PETRA : Semangat Kebebasan Ke Kuala Langat

𝐑𝐈𝐃𝐄 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 : 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 | 𝟑𝟎 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengetuai Ride Merdeka PETRA : Semangat Kebebasan dari Putrajaya ke Kuala Langat bagi merasmikan Denai Sungai Langat, Kuala Langat di Batu 8 Sijangkang, Mukim Telok Panglima Garang, Selangor.
Program Denai Sungai Kebangsaan yang diadakan sejak tahun 2020 ini merupakan salah satu usaha melindungi kelestarian sungai iaitu sumber air utama negara.
Turut hadir, YBhg. Datuk Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia.