Program Santuni Sekolah Angkat MADANI

YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah merasmikan Program Santuni Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR).
Program ini merupakan hasil kejayaan antara Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA), PETRA dan SAMTTAR. Program ini turut dihadiri oleh wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Langat dan Pejabat Agama Daerah Kuala Langat (PAID).
PETRA telah melaksanakan tiga (3) inisiatif di bawah inisiatif Sekolah Angkat MADANI 2025 seperti berikut:
a) kerja-kerja membaik pulih tandas surau;
b) pemasangan LED Screen di Dewan Al Ghazali bagi menyokong inisiatif e-learning; dan
c) program pembangunan sahsiah murid.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen PETRA dalam memperkasa kemudahan infrastruktur dan ICT sekolah yang diperlukan serta menyokong usaha melahirkan generasi pelajar yang holistik dan cemerlang.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan ilmu dan melahirkan generasi berakhlak mulia serta cemerlang dunia dan akhirat.