Program Santuni MADANI KSU PETRA

YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA berada di SK Kebun Baharu, Telok Panglima Garang, Kuala Langat Selangor bagi menyempurnakan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI).
Pihak PETRA telah memilih untuk melaksanakan inisiatif Santuni MADANI di Kampung Batu 9, Kebun Baru, Telok Panglima Garang dan menjadikan kampung ini sebagai Kampung Angkat KSU PETRA.
Program ini turut diselitkan dengan Sesi Interaktif bersama pelajar oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Sesi Interaktif tersebut menjadi platform mengajak anak-anak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air dan elektrik.
Sumbangan turut disampaikan oleh YBhg. Dato' KSU PETRA kepada pihak sekolah.