Program Riang Ria Cuti Sekolah 2.0

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐈𝐀 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝟐.𝟎 | 𝟒 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐈𝐃𝐙𝐍𝐈𝐀, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
PUSPANITA Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menganjurkan Program Riang Ria Cuti Sekolah 2.0 di Kidzania Kuala Lumpur yang melibatkan ahli-ahli PUSPANITA bersama anak-anak. Program ini bertujuan memberi peluang untuk anak-anak mempelajari dan mengalami sendiri dunia kerjaya dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik. Seramai 20 orang anak-anak ahli PUSPANITA telah menyertai program ini.