Program Brisk Walk PETRA

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐑𝐈𝐒𝐊 𝐖𝐀𝐋𝐊 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟑𝟎 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐋𝐎𝐁𝐈 𝐏𝐎𝐃𝐈𝐔𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah menganjurkan Program Brisk Walk PETRA Siri 1 Tahun 2025 dengan kerjasama Kelab PETRA dan Puspanita PETRA bagi aktiviti di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).
Program yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA ini dimulakan dengan sesi memanaskan badan (warm up) bersama ZIN Puspanita PETRA sebelum Warga PETRA memulakan aktiviti Brisk Walk sejauh 3.6 kilometer.
Aktiviti yang dilaksanakan oleh PETRA petang tadi selari dengan objektif ANMS iaitu Mempromosi pembudayaan hidup sihat untuk meningkatkan kesejahteraan kesihatan.