Program Bicara MADANI PETRA

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗕𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗧𝗥𝗔
Pada hari Jumaat, 30 Mei 2025 bersamaan 02 Zulhijjah 1446H, telah berlangsung Program Bicara MADANI anjuran Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA, Putrajaya. Program ini membawa tajuk "Keluarga Itu: Drama vs Realiti" yang mengetengahkan isu-isu kekeluargaan masa kini serta perbezaan antara realiti kehidupan dan gambaran dalam drama.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran jemputan khas, Al-Fadhil Ustaz Suhaimi Ahmad Wakid, Penolong Pengarah Kanan Kompleks Islam Selangor, yang telah menyampaikan pengisian penuh hikmah dan menyentuh hati para hadirin.