Persidangan Nuklear Antarabangsa (ICNE 2025)

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐊𝐋𝐄𝐀𝐑 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 (𝐈𝐂𝐍𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟓) | 𝟏𝟏 𝐍𝐎𝐕 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀
YAB Datuk Amar Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah menyampaikan Ucaptama dan merasmikan Persidangan Nuklear Antarabangsa (ICNE 2025) bertemakan "Paving the Way for a Sustainable Energy Source in ASEAN" di Sunway Resort Hotel pada 11 November 2025.
Dalam ucapan beliau, YAB Timbalan Perdana Menteri menekankan Malaysia sedang meneroka dan menilai tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada pelan peralihan tenaga jangka panjangnya. Langkah ini bukanlah peralihan mendadak, tetapi proses berasaskan sains yang berfasa dan teliti untuk mempelbagaikan campuran tenaga negara, di samping mengukuhkan keselamatan dan kemampuan tenaga.
Selain itu, kerajaan telah menetapkan MyPower Corporation sebagai Organisasi Pelaksana Program Tenaga Nuklear (NEPIO), menandakan kejayaan penting dalam menginstitusikan kesediaan nuklear Malaysia.
PETRA komited untuk memastikan sebarang potensi penggunaan tenaga nuklear adalah teratur, telus, dan selaras dengan agenda peralihan tenaga negara bagi mencapai sifar bersih menjelang 2050.