Perhimpunan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟓𝐌 | 𝟐𝟕 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐌𝐈𝐓𝐄𝐂, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini dengan ketuai YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA berada di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur bagi berhimpun bersempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Turut bersama-sama kontinjen PETRA ialah YBhg. Dato' Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) dan YBrs. Encik Amisam bin Ismail, Setiausaha Bahagian Pembangunan.