Perasmian Minggu 22 Ekspo 2025 Osaka : Energising Sustainability Aspiring Lives Dan Sesi Malaysia Business Forum : Energy Transition & Water Transformation

𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝟐𝟐 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐎 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐎𝐒𝐀𝐊𝐀 : 𝐄𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐒𝐓𝐀𝐈𝐍𝐀𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐋𝐈𝐕𝐄𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐔𝐒𝐈𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌: 𝐄𝐍𝐄𝐑𝐆𝐘 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍 & 𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍
YBhg. Dato' Hj. Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menyempurnakan upacara perasmian Minggu 22 Ekspo 2025 Osaka yang bertemakan "Energising Sustainability, Aspiring Lives".
Bersempena dengan penyertaan di ekspo tersebut, Malaysia Business Forum on "Energy Transition and Water Transformation" telah diadakan melibatkan sesi wacana ilmu oleh PETRA, agensi dan syarikat. Selain itu, sesi pertukaran Memorandum Kerjasama dan Memorandum Persefahaman antara Malaysia dan Jepun juga telah berlangsung.
PETRA telah memeterai satu Memorandum Kerjasama antara Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh PETRA dan Ministry of Land, Infrastructure, Transport and Tourism of Japan (MLIT) dalam bidang Pengurusan Sumber Air.