Penggulungan Perbahasan Bajet 2026

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐉𝐄𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟗 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
Turut hadir, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Tahir, Timbalan Menteri PETRA dan YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd karli, Ketua Setiausaha PETRA serta pengurusan tertinggi PETRA.
Antara intipati penting dalam penggulungan perbahasan adalah komitmen utama kementerian dalam sektor tenaga. Selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Kerajaan menyasarkan 70 peratus kapasiti penjanaan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) menjelang 2050. Ini akan didukung oleh inisiatif seperti program Solar Berskala Besar (LSS 6) yang akan dilancarkan pada awal tahun 2026.
Bagi sektor air, Kementerian melaksanakan Penambahbaikan Program Pengurangan Air Tidak Terhasil (NRW) Kebangsaan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13), termasuk Pendekatan 1 Fasa 2 dengan kos sebanyak RM2.525 bilion untuk Program Penggantian Paip Kritikal dan Penyelesaian NRW Holistik di beberapa negeri.
PETRA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Kementerian sepanjang sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat.