Pembentangan Belanjawan MADANI 2026

Kehadiran ini adalah penting bagi memastikan agenda Peralihan Tenaga dan Transformasi Air disepadukan serta menerima peruntukan sewajarnya, memandangkan ini merupakan Belanjawan sulung bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Belanjawan 2026 menjadi manifestasi komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh ekonomi negara melalui pelaburan strategik dan reformasi fiskal, terutamanya dalam sektor hijau dan kecekapan perkhidmatan awam.
Turut hadir, Ketua Setiausaha PETRA, YBhg Dato' Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli bersama delegasi PETRA bagi mengiringi YAB TPM sepanjang Pembentangan Belanjawan MADANI 2026.