PETRA Skuad Zon Timur : Persinggahan Pertama di EV Charger AEON Mall

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐄𝐕 𝐂𝐇𝐀𝐑𝐆𝐄𝐑 @ 𝐀𝐄𝐎𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐋 | 𝟐𝟒 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍
YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, KSU PETRA bersama delegasi PETRA Skuad telah tiba di lokasi pengecas pantas EV Charger @ AEON Mall Kota Bharu bagi melihat usaha integrasi pembangunan stesen pengecas EV di pusat membeli belah tersebut.
Pembangunan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di pusat membeli-belah merupakan langkah strategik yang memberikan pelbagai manfaat kepada pengguna dan penyedia infrastruktur.
Ia turut menyumbang kepada usaha mempercepat penerimaan mobiliti rendah karbon dalam kalangan masyarakat. Kerjasama antara pihak industri dan sektor peruncitan ini wajar diperkasa demi menyokong agenda peralihan tenaga negara.