PETRA Skuad Zon Timur : Persinggahan Kedua ke Projek Tebatan Banjir @ PLSB Sg. Kelantan

ππππππππ πππππ ππ ππππππ πππππππ ππππππ @ ππππ ππ. ππππππππ | ππ πππ ππππ | ππππ πππππ, ππππππππ
Banjir bukan sekadar air naik, namun, ia melibatkan nyawa, harta benda dan kesejahteraan ribuan keluarga.
PETRA Skuad yang diketuai oleh YBhg. Datoβ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, KSU PETRA bersama pasukan telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Tebatan Banjir @ PLSB Sg. Kelantan, Kota Bharu.
Melalui Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 & 2, PETRA komited memberikan penyelesaian jangka panjang kepada masalah banjir di Kelantan.
Fasa 1 yang kini 95.9% siap bakal melindungi 95,000 penduduk daripada perlu berpindah akibat banjir, menyelamatkan 10km kawasan tebing sungai yang padat dengan infrastruktur awam dan mengurangkan kejadian banjir kilat kepada hanya sekali setahun.
Bukan itu sahaja, projek ini juga menyumbang kepada alam sekitar dengan mengurangkan sehingga 5 tan sampah dalam Sungai Pengkalan Chepa setiap bulan.
Kini, Fasa 2 pula sedang dilaksanakan dengan peruntukan lebih RM1 bilion. Ia bakal mengurangkan kawasan risiko banjir daripada 40,620 hektar kepada hanya 8,100 hektar, memberi perlindungan tambahan kepada lebih 35,000 penduduk.