PETRA Skuad Zon Timur : Makan Malam Penghargaan PETRA Skuad

𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 | 𝟐𝟒 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔
Kerajaan Negeri Terengganu telah menganjurkan makan malam istimewa sebagai tanda penghargaan kepada PETRA Skuad atas komitmen dalam menjayakan inisiatif Kerajaan Persekutuan di Pantai Timur.
Majlis turut dihadiri oleh YAB Dato' Sri Hj Fadillah bin Hj Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA dan YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, sekali gus menggambarkan sokongan penuh kerajaan negeri terhadap usaha PETRA dalam membawa pembangunan yang inklusif dan mampan kepada rakyat.
Suasana penuh muhibah turut diserikan dengan sesi pertukaran cenderahati antara dua pemimpin tertinggi negara dan negeri, melambangkan kesepaduan erat Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam menjayakan agenda rakyat.