PETRA Skuad Zon Sabah, Lokasi 1 : Tinjauan Kerja Ke Projek Skim Pembetungan Putatasan Fasa 1

𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇, 𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝟓: 𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐓𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏 | 𝟏𝟒 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta delegasi PETRA Skuad kini berada di lokasi terakhir jelajah PETRA Skuad iaitu di tapak Projek Skim Pembetungan Putatan Fasa 1, Kota Kinabalu Sabah.
Projek yang mula dilaksanakan pada 21 Disember 2020 dan dijangka siap pada 3 Mac 2026 ini merangkumi pembinaan loji rawatan kumbahan dengan kapasiti 50,000PE, pembinaan rangkaian paip pembetungan sepanjang 9.9 kilometer, merasionalisasikan 3 buah loji rawatan kumbahan bersaiz kecil sekitar kawasan tadahan terlibat dan pembinaan paip bridge sepanjang 60m.
Pelaksanaan projek ini bukan sahaja memberi manfaat dari sudut kesihatan awam dan kelestarian alam sekitar, malah turut menyumbang kepada pembangunan infrastruktur asas yang mampan di daerah Putatan.