PETRA Raih Anugerah Emas Di Malaysia Public Relations Awards (MPRA) 2025

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sekali lagi membuktikan komitmen terhadap komunikasi berimpak apabila projek PETRA Skuad: A Ministry in Action diumumkan sebagai pemenang Gold bagi kategori Public Sector Award (In-House) di Malaysia Public Relations Awards (MPRA) 2025.
Anugerah berprestij ini telah diterima oleh Puan Noreha binti Mohd Ripin dari Unit Komunikasi Korporat mewakili PETRA, merayakan usaha gigih Kementerian dalam menyampaikan tindakan yang benar-benar mengubah kehidupan rakyat.
Pengiktirafan ini mencerminkan kejayaan PETRA dalam mengkomunikasikan pelbagai intervensi strategik, meliputi:
- Intervensi air di Sabah
- Projek solar di Terengganu
- Ketahanan sumber air di Kelantan
- termasuk perlindungan komuniti melalui projek tebatan banjir dan hakisan pantai.
Terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga PETRA dan rakan kolaborasi yang menjadikan kejayaan gemilang ini satu kenyataan!