Thematic Corner, World Expo Museum Pop Quiz Program And Pin Swap Social Event @ Minggu 22 Ekspo 2025 Osaka

𝐓𝐇𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐂 𝐂𝐎𝐑𝐍𝐄𝐑, 𝐖𝐎𝐋𝐑𝐃 𝐄𝐗𝐏𝐎 𝐌𝐔𝐒𝐄𝐔𝐌 𝐏𝐎𝐏 𝐐𝐔𝐈𝐙 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐍𝐃 𝐏𝐈𝐍 𝐒𝐖𝐀𝐏 𝐒𝐎𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐄𝐕𝐄𝐍𝐓 @ 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝟐𝟐 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐎 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐎𝐒𝐀𝐊𝐀 | 𝟏𝟎 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍
PETRA, NRES dan agensi-agensi telah berinteraksi dengan pengunjung Thematic Corner Pavilion Malaysia yang bertujuan memberi pendedahan terhadap agenda kelestarian dan kemampanan negara.
PETRA dan NRES dengan kerjasama MGTC dan World Expo Museum serta dengan sokongan Pavilion Malaysia telah menganjurkan World Expo Museum Pop Quiz Program and Pin Swap Social Event di Pavilion Malaysia.
Program Pop Quiz bertujuan memperkenalkan Malaysia sambil menguji pengetahuan masyarakat Jepun dan pengunjung lain berkenaan Malaysia serta Ekspo Dunia.
Program Pin Swap merupakan platform kepada pengunjung ekspo untuk bertukar-tukar koleksi lapel pin masing-masing. PETRA dan NRES juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan lapel pin khas untuk tujuan Ekspo 2025 Osaka ini.
Kedua-dua buah program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung dengan penyertaan lebih daripada 300 orang.