Mesyuarat Jawatankuasa Induk Wakaf Air Bil. 2 2025

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐊 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐀𝐈𝐑 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟐 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟏𝟎 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝐑𝐀𝐁𝐔)| 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Wakaf Air Bil. 2 2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Mutiara Aras 13, Menara PETRA dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Perkhidmatan Wakaf Air merupakan sebuah inisiatif hasil kerjasama antara PETRA dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang bertujuan menyediakan bekalan air bersih kepada komuniti di kawasan luar bandar, khususnya kawasan 𝘰𝘧𝘧-𝘨𝘳𝘪𝘥 yang tidak mempunyai akses kepada sistem bekalan air terawat konvensional. Program ini membantu meningkatkan kualiti hidup penduduk dengan memastikan mereka mendapat sumber air yang selamat, berterusan dan mampan.
Sebanyak 87 projek Wakaf Air sudahpun berjaya diagihkan kepada seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak dari 2021 sehingga kini.