Mesyuarat JKTPAK Bil. 1 Tahun 2025

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 (𝐉𝐊𝐓𝐏𝐀𝐊) 𝐁𝐈𝐋.𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟕 𝐍𝐎𝐕 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengurusan Aduan Kementerian (JKTPAK) Bil. 1 Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd karli, Ketua Setiausaha PETRA dan dihadiri oleh YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA), Ketua-Ketua Pengarah Jabatan/Agensi, Setiausaha-Setiausaha Bahagian PETRA serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian dan Jabatan/Agensi.
Mesyuarat ini diadakan sebagai iltizam untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam konteks pengurusan aduan dan memastikan pengurusan aduan Kementerian serta agensi di bawahnya dapat dilaksanakan secara efektif dan teratur kepada orang awam.
Antara fokus utama perbincangan termasuk:
1. Pembentangan Laporan Pengurusan Aduan yang merujuk kepada rekod Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) sehingga 15 Oktober 2025.
2. Penekanan kepada semua Ahli JKTPAK untuk memastikan penyelaras aduan agensi melaksanakan pengurusan aduan dengan segera dan mengikut tempoh SOP penyelesaian aduan (15 hari bagi aduan biasa dan 365 hari bagi aduan kategori kompleks).
3. Menggesa kerjasama padu daripada 10 agensi/jabatan di bawah PETRA serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai ahli tetap JKTPAK.
4. Langkah-langkah penambahbaikan, termasuk perlunya semua penyelaras aduan merekodkan pergerakan status aduan dalam sistem bagi tujuan rekod SISPAA yang sistematik.
PETRA turut meraikan penganugerahan penarafan tertinggi Platinum bagi Naziran Pengurusan Aduan Awam 2025 yang dilaksanakan oleh BPA, yang akan menjadi pendorong untuk lebih komited dalam memperkasa pengurusan aduan awam dari masa ke masa.