Mesyuarat Dua Hala Malaysia-Brazil Sempena Lawatan Rasmi Presiden Republik Persekutuan Brazil

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐁𝐑𝐀𝐙𝐈𝐋 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐑𝐄𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐑𝐀𝐙𝐈𝐋
Mesyuarat berprestij ini diadakan sempena Lawatan Rasmi TYT Luiz Inácio Lula da Silva, Presiden Republik Persekutuan Brazil ke Malaysia yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Kehadiran YBhg. Dato' KSU dalam mesyuarat penting ini menggariskan komitmen PETRA dalam memperkukuh hubungan diplomatik, kerjasama ekonomi, dan jalinan strategik antara Malaysia dan Brazil.