Malaysia Water Forum 2025

𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟐𝟐 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐒𝐑𝐈 𝐒𝐈𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hadir ke Majlis Malaysia Water Forum (MYWATER) 2025 yang bertemakan "Memacu Pelaksanaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu' di Dewan Sri Siantan, Putrajaya pagi tadi.
MYWATER 2025 menjadi platform strategik yang menghimpunkan pemikir, pengamal dan pemimpin daripada pelbagai sektor berkaitan air bagi menilai cabaran semasa serta meneroka peluang baharu dalam pengurusan sumber air negara.
Penganjuran MYWATER adalah sejajar dengan hala tuju global seperti yang digariskan dalam Deklarasi Menteri di World Water Forum Ke-10 pada Mei 2024.