Malam Media PETRA 2025 Peringkat Sarawak

𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 | 𝟑𝟏 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆, 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊
YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menghadiri Malam Media PETRA 2025 Peringkat Negeri Sarawak.
Program ini diadakan bagi menghargai peranan media yang menyampaikan maklumat kepada rakyat tanpa kenal penat dan lelah.
Selain itu, PETRA bersama agensi-agensi turut bekerjasama dalam menjayakan majlis ini seperti Indah Water Konsortium (IWK), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Bekalan Air (JBA), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).