Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA dan YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA.
Majlis Ramah Mesra Aidilfitri PETRA turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Pelbagai juadah disediakan untuk tetamu yang hadir antaranya Mee Kolok, Laksa Sarawak, Ikan Celup Tepung, Puri, Sate, Kambing Golek, Air Balang dan macam-macam lagi.
Majlis ini diadakan bagi mengeratkan hubungan antara Kementerian, agensi, pengamal media dan orang awam. Terima kasih diucapkan kepada para tetamu yang hadir ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri PETRA tengah hari tadi.