Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Trenchless Asia 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐄𝐍𝐂𝐇𝐋𝐄𝐒𝐒 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟖 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐋𝐂𝐂
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, hari ini telah merasmikan persidangan dan pameran Trenchless Asia 2025 yang berlangsung selama 2 hari iaitu 7 dan 8 Mei 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Penganjuran Trenchless Asia 2025 oleh Malaysia mencerminkan komitmen negara terhadap inovasi dan pembangunan mampan, khususnya dalam sektor air, pembetungan dan utiliti.
Persidangan ini menjadi platform kepada ahli professional industri teknologi bawah tanah untuk berkumpul, seterusnya berkongsi pengetahuan, pengalaman serta membincangkan cabaran dalam teknologi tanpa korekan.
Antara teknologi tanpa korekan terkini yang dipamerkan di Trenchless Asia 2025 adalah Horizontal Directional Drilling (HDD), micro tunnelling, dan kaedah baik pulih sistem paip seperti Cured-In-Place Pipe (CIPP). Teknologi baharu ini mampu menyelesaikan pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur bawah tanah dengan lebih efisien, kos efektif serta mesra alam tanpa gangguan berpanjangan kepada kemudahan awam di kawasan bandar.
Turut hadir sama ialah YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.