Majlis Perasmian Hari Air Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan

ππππ πππ πππππππ ππππ πππππππππ ππππππππππ | π πππππ ππππ | πππππππ πππππππ πππππππ
Majlis perasmian sambutan Hari Air Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan telah berlangsung di Dataran Sayangi Kuantan dan disempurnakan oleh YB Datoβ Mohamad Nizar bin Datoβ Sri Mohamad Najib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, mewakili YAB Menteri Besar Pahang. Mewakili Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pula ialah YBhg. Datoβ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA.
Pemilihan negeri Pahang sebagai lokasi sambutan adalah kerana Pahang mempunyai hubungan erat dengan air, dipengaruhi oleh geografi, ekonomi, dan warisan budayanya. Sebagai contoh Sungai Pahang yang merupakan sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia telah lama menjadi tulang belakang kepada penempatan masyarakat, pertanian, dan perindustrian.
Tema sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2025 Peringkat Kebangsaan telah disesuaikan dalam konteks negara iaitu βAir untuk Kehidupanβ dengan slogan βAirKU, HidupKU, DuniaKUβ.
Turut hadir sama di majlis tersebut ialah YBrs. Ir. Mohamad Radzi Bin Abdul Talib, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan YBrs. Ir. Haji Mohd. Shaβri Bin Mohammed, Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pahang.