Majlis Perasmian Denai Sungai Lipis, Batu Malim, Raub, Pahang

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐀𝐈 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐋𝐈𝐏𝐈𝐒, 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐌, 𝐑𝐀𝐔𝐁, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐃𝐄𝐍𝐀𝐈 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 | 𝟏𝟔 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐀𝐔𝐁, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui inisiatif Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah merasmikan Denai Sungai Lipis, Batu Malim, Raub, Pahang oleh Yang Berhormat Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Majlis perasmian tersebut yang merupakan sebahagian daripada Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) dengan pelaksanaan denai sepanjang 450 meter ini telah siap sepenuhnya pada 11 Jun 2025. Projek DSK Sungai Lipis disasarkan dapat menarik kehadiran sehingga 2,000 pengunjung sebulan bagi memanfaatkan sumber alam secara lestari.
Selaras komitmen kerajaan persekutuan, sebanyak RM850,000.00 diperuntukkan bagi pelaksanaan Program DSK di Negeri Pahang, selaras dengan agenda IRBM dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Sebagai pengiktirafan kepada usaha komuniti dalam penjagaan sungai, Anugerah Khas Sumber Air (AKSA) telah disampaikan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Batu Malim. Usaha JPKK Kampung Batu Malim dalam menaik taraf serta memelihara kawasan denai menunjukkan kerjasama erat antara penduduk setempat dengan JPS untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai produk rekreasi dan eko-pelancongan berpotensi tinggi.