Majlis Perasmian 6th International Conference On Water Resources 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝟔𝐓𝐇 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐍𝐅𝐄𝐑𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐎𝐍 𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 𝐑𝐄𝐒𝐎𝐔𝐑𝐂𝐄𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟐𝟑 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝐇𝐎𝐓𝐄𝐋 𝐓𝐇𝐄 𝐄𝐕𝐄𝐑𝐋𝐘, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah merasmikan The 6th International Conference on Water Resources (ICWR) 2025 pagi tadi di Hotel The Everly, Putrajaya.
Tema “Embracing Change for a Resilient Future in Water Resources” adalah selaras dengan Rangka Kerja Strategik UNESCO IHP-IX (2022–2029) untuk menggalakkan inovasi saintifik, pendidikan, perkongsian data, pengurusan air bersepadu, dan tadbir urus berasaskan sains. Persidangan ini telah menyatukan pakar global, pembuat dasar, dan pihak berkepentingan bagi membincangkan cabaran dalam pengurusan air.