Majlis Penyampaian Hadiah Energy Efficiency Challenge 2025 (EEC 2025)

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐀𝐇 𝐄𝐍𝐄𝐑𝐆𝐘 𝐄𝐅𝐅𝐈𝐂𝐈𝐄𝐍𝐂𝐘 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟐𝟎 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Yang Amat Berhormat Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof , Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) , telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Energy Efficiency Challenge 2025 (EEC 2025) di Doubletree by Hilton Putrajaya Lakeside.
Beliau menekankan bahawa tema "Jadilah Bijak Tenaga" selari dengan semangat perubahan dalam Dasar Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan pelaksanaan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA) pada 1 Januari 2025. Antara contoh pencapaian berimpak besar adalah mencapai penjimatan tenaga sebanyak 133,030 kWj, dengan nilai penjimatan RM60,395 – peningkatan lebih dua kali ganda berbanding 2024 bagi EECA 2025.
YAB Datuk Amar turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta, guru, komuniti sekolah, dan Suruhanjaya Tenaga atas kejayaan berterusan program yang kini diperkukuh melalui Malaysia Energy Literacy Program (MELP) dan akan diperluas ke platform DELIMa di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau menyeru generasi muda perlu menjadikan kecekapan tenaga sebagai budaya, yang merupakan cerminan akhlak, akal budi, dan amanah kita sebagai penjaga bumi.